Saturday, December 15, 2007

Rintihan Ayam Dan Lembu..

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat
anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku
dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut.
Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku
tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Thursday, December 13, 2007

Kambeng Punya Hal!!

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-
birinya. Datang seorang pemuda lalu
bertanya, "Baguslah ternakan biri-biri engkau.
Boleh tak saya tanya beberapa soalan? "Oh,
boleh saja" kata gembala itu.Orang itu
berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap
hari?" "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
tanya gembala. "Yang putih." "Ah, yang putih
berjalan lebih kurang enam kilometer setiap
hari." "Dan yang hitam?" "Yang hitam pun
sama." "Dan berapa banyak rumput mereka
makan setiap hari?" "Yang mana, yang putih atau
yang hitam?" "Yang putih." "Ah, yang putih makan
lebih kurang empat kilo rumput setiap hari." "Dan
yang hitam?" "Yang hitam pun sama." "Dan
berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap
tahun?" "Yang mana, yang putih atau yang
hitam?" "Yang putih." "Aaa... menurut perkiraan
saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo
bulu setiap tahun kalau mereka dicukur." "Dan
yang hitam?" "Yang hitam pun sama." Orang yang
bertanya menjadi geram lalu bertanya, "Kenapa
engkau membezakan biri-biri engkau yang putih
dgn yg hitam setiap kali nak jawab soalan
saya,padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala itu menjawab, "Mestilah saya beza-
bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik
saya." "Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu, "...
kalau yang hitam tu pulak siapa punye?" "Yang
hitam pun sama," kata gembala itu.
P/S : sakit hati tak... .?!!!

Wednesday, December 12, 2007

Lawak Pendek2

Lawak 1...

Cikgu : Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?
Murid :Kuda makan rumput, cikgu!
Cikgu :Rumputnya mana?
Murid :Sudah habis dimakan kuda, cikgu,
Cikgu : Habis tu, kudanya mana?
Murid : Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?

Lawak 2...

seorang asli ke balai polis:

Polis: ada apa laporan dari encik
Org Asli: kawan saya di makan harimau
Polis: pukul berapa
Org Asli: dia tak pukul, terkam
Polis: habis tu
Org. Asli: tak habis, tinggal kepala

Lawak 3...

When Faiza was younger, she hated going to weddings. It seemed that all her aunts and other women used to come up to her, poking her in the ribs, giggling, and telling her:
"You're Next."
They stopped doing that, after Faiza started doing the same thing to them at funerals.

Lawak 4...

Di sebuah hospital mental,seorang pesakit menyanyi dengan penuh perasaan.Pada mulanya dia menyanyi terlentang,kemudian meniarap.Lalu ditanya oleh seorang doktor.
doktor :kenapa tadi awak menyayi terlentang,lepas tu awak meniarap?
pesakit :mula mula side 'A' kemudian tu side 'B'

Saturday, December 1, 2007

Lelaki Ensem vs Lelaki Tak Ensem

Kalau Lelaki Handsome Pendiam

Perempuan Akan Cakap:: Woow, Cool Giler...

Kalau Lelaki Tak Handsome Pendiam

Perempuan Akan Cakap: Eh Perasan Bagus...


Kalau Lelaki Handsome Berbuat Jahat

Perempuan Akan Kata: Nobody's Perfect

Kalau Lelaki Tak Handsome Berbuat Jahat

Perempuan Akan Cakap: Memang....Muka Pun Macam Pecah Rumah!


Kalau Lelaki Handsome Menolong Perempuan Yg Diganggu

Perempuan Akan Cakap: Wah..Machonya.. Macam Hero Filem!

Kalau Lelaki Tak Handsome Menolong Perempuan Yang Diganggu

Perempuan Akan Kata: Entah2 Kawan Dia...


Kalau Lelaki Handsome Dapat Perempuan Cantik

Perempuan Akan Kata: Sepadan Sangat...

Kalau Lelaki Tak Handsome Dapat Perempuan Cantik

Perempuan Akan Kata: Mesti Kena Bomoh Perempuan Tuh!


Kalau Lelaki Handsome Ditinggal Kekasih

Perempuan Akan Kata: Jangan Sedih, Kan Saya Ada..

Kalau Lelaki Tak Handsome Ditinggal Kekasih

Perempuan Akan Kata:...(Terdiam, Tapi Telunjuknya Meliuk-Liuk Dari Atas Ke Bawah,

Patutlah, Tengok Saja Luarannya)...


Kalau Lelaki Handsome Penyayang Binatang

Perempuan Akan Cakap: Perasaannya Halus...Penuh Kasih Sayang

Kalau Lelaki Tak Handsome Penyayang Binatang

Perempuan Akan Cakap: Sesama Keluarga Memang Harus Menyayangi...


Kalau Lelaki Handsome Bawa BMW

Perempuan Akan Cakap: Matching...Hebat Luar Dalam

Kalau Lelaki Tak Handsome Bawa BMW

Perempuan Akan Cakap: Bang, Bosnya Mana?...


Kalau Lelaki Handsome Tak Mau Bergambar

Perempuan Akan Cakap: Pasti Takut Kalau2 Gambarnya Tersebar

Kalau Lelaki Tak Handsome Tak Mau Bergambar

Perempuan Akan Kata: Tak Sanggup Melihat Hasilnya Ya?...


Kalau Lelaki Handsome Menuang Air Ke Gelas Perempuan

Perempuan Akan Cakap:Ini Barulah Lelaki Gentlemen

Kalau Lelaki Tak Handsome Menuang Air Ke Gelas Perempuan

Perempuan Akan Cakap: Naluri Pembantu, Memang Begitu....


Kalau Lelaki Handsome Bersedih Hati

Perempuan Akan Cakap: Let Me Be Your Shoulder To Cry On

Kalau Lelaki Tak Handsome Bersedih Hati

Perempuan Akan Kata: Kuat Nangis!! Lelaki Ke Bukan Ni?

Moral: Jangan Menilai Orang Dari Segi Luaran Sahaja........

Thursday, November 29, 2007

Lawak Makan Telur Rebus Byk Sangat...!!

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang
siang malam makan telur rebus.

Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni..sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah.. Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta
aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah
kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup
mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!...fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku
ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.

Monday, October 29, 2007

Pak Pandir Dan Tarmos

Pak Pandir pergi ke kedai. Dia ternampak benda berkilat..... Dia pun bertanya kepada penjual...
Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu
Penjual : Oh! Itu tarmos
Pak Pandir : Apa kegunaannya??
Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk
Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu....

Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya....

Pengurus : Apa benda tu Pak Pandir?
Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam...
Pengurus : Benda tu untuk apa?
Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk.
Pengurus : Oh... jadi apa di dalamnya?
Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.

Pak Pandir Nak Beli TV warna

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

Pak Pandir Jalan2

Suatu hari Pak Pandir sedang berjalan-jalan didalam hutan mencari kayu.
Tiba-tiba beliau terjumpa seketul tahi,
lalu Pak Pandir menyentuh tahi tersebut...."erm,lembek mcm tahi!.." kemudian..merasa tahi tersebut,"erm..rasa pun macam tahi!!"..
lantas menghidu tahi tersebut..."bau pun macam tahi....
memang sah la ni tahi...."

Kemudian dengan muka yang sangat gembira... Pak Pandir berkata..."nasib baik aku tak terpijak tahi ni....!!!!!

Pak Pandir Yg Mamai

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".

"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"

Wednesday, October 24, 2007

Kesah Ayam Jalak Tua

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di
Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina
dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut
dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa
suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam
jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.
Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai
dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti
ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya
kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang
tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap
lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada
aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan
cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita
pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang
menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah
kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak
buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak
loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil
tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta
untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam
jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang
mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak
langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]












Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali
aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH
ORANG YANG LEBIH TUA DARI K

Thursday, September 20, 2007

Dah Sampai Ipoh Ke Blom???

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

Wednesday, September 19, 2007

Kesah Perempuan Curang

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Tuesday, September 18, 2007

Kes Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."