Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau
Muda?
Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti Aku Cinta Padamu
Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?
Ena : itu melambangkan Suasana Pilu
Ani : Kalau kertasnya berwarna Merah?
Ena : Asmara Yang Membara
Ani : Kalau kertasnya warna Putih?
Ena: Suci, Bersih dan Jujur
Ani : Kalau kertasnya Kuning?
Ena: Melambangkan Hati Yang Gersang
Ani : Kalau Merah Jambu?
Ena: Sedang Jatuh Cinta
Ani : Kalau kelabu?
Ena : Melambangkan Hati Yang Sedang sedih
Ani : Kalau kertasnya Hitam?
Ena : Itu namanya kertas karbon.. bodoh
Wakakkakakaka................. :)
Wednesday, March 6, 2013
Warna Surat
Labels: Cerita Lawak, Lawak Pendek
Tuesday, March 5, 2013
Rawatan Kecemasan
Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di
tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang
lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat
kursus rawatan cemas!"
Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan
tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir...
Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.
"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya
ada di sini."
Labels: Cerita Lawak, Lawak Hospital, Lawak Pendek, Lelaki
Monday, March 4, 2013
Cium 3 Tempat
Di sebuah taman, sepasang kekasih sedang berbisik-bisik:
Lelaki: "Sayang, apa yang paling kamu dambakan?"
Teman wanitanya dengan malu-malu kucing berkata: "Perkara yang paling ku dambakan ialah, kamu mencium diri ku di 3 tempat."
Lelaki: "Ah, itu mudah, cuba kamu katakan di tiga tempat yang mana?"
Wanita: "Paris, London dan New York."
Labels: Cerita Lawak, Lawak Family, Lawak Pendek
Sunday, March 3, 2013
Malam Pertama Terindah
Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat
tingkah laku istrinya, yang pada malam pertama
membuka jendela dan menatap ke langit melihat
bintang-bintang.
Dengan jengkel suaminya berkata...
"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama
kita ini?"
Jawab sang istri,
"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah
selama hidup saya.
Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan
malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi
Labels: Cerita Lawak, Lawak Family, Lawak Pendek
Saturday, March 2, 2013
Nasib Baik Tak Pijak
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu
lorong yang kecik semasa hendak pulang ke
rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi
dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi
dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe
tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang
teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk
mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut,
lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."
Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas
tu dia berkata, "Bau macam taik."
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik
tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat
sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik
berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"
Labels: Cerita Lawak, Lawak Pendek, Lelaki, Pak Pandir
Friday, March 1, 2013
3 Orang Gila
Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun, orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan
Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum lalu org gila itu dilepaskan.
Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital
Labels: Cerita Lawak, Lawak Family, Lawak Pendek, Lelaki