Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 29, 2013

Kesah Bapa

Seorang bapa baru pulang dari membeli kereta porsche...

Anak : Wowww!!!. Cantik kereta ayah. Mesti mahal ni.
Ayah : mesti lah. Mulai hari ini ayah terpaksa catu perbelanjaan kamu semua.
Anak : eh kenapa pulak ayah.? Saya baru je nak tanya kenapa semalam ayah kurangkan belanja sekolah saya, hari ni ayah nak kurangkan lagi?
Ayah : memang la. Kamu kena jimat sikit berbelanja. Semalam kan ayah beli motor harley davidson. Ayah dah banyak hutang. Kamu kena berjimat sebab tu ayah kena kurangkan belanja sekolah kamu.
Anak : ayah dah ada banyak motosikal dan kereta kenapa ayah beli lagi? Ayah yang berhutang dan berbelanja sesuka hati kenapa saya yang kena berjimat ayah?
Ayah : dah dah dah kamu jangan cakap banyak sangat. Syukurlah ayah masih lagi bagi duit belanja. Lagipun akhir tahun nanti ayah bagi la bonus sikit. Kalau kamu tak suka, kamu boleh cari keluarga lain. Kamu tengok jiran-jiran kita tu, anak-anaknya melarat.
Anak : tapi ayah, tu sebab ayah diorang kerja biasa je tak berjawatan besar macam ayah. Diorang takde kebun besar macam ayah. So hasil pendapatan pun tak semewah ayah. Ayah banyak hasil tapi masih lagi banyak hutang. Sekarang ni ayah nak catu perbelanjaan saya pulak.
Ayah : banyak cakap pula kamu ni. Dah dah dah ayah ada kerja ni.
Anak : ayah nak pergi mana?
Ayah : mak kamu nak pakai duit sikit nak pergi hawaii katanya nak beli handbag. Ini demi kepentingan keluarga kita.
Anak : ooo...
Ayah: Kamu tanya banyak sangat ni....apasal? Kamu nak gulingkan ayah ker?

P/s : ini adalah cerita rekaan semata mata...xde kene mengena dgn yg hidup ataupun yg dah nak mati....

Wednesday, December 18, 2013

Cerita kubur seram

Disuatu jumaat malam yg sepi, Abu dan Ali br balik dari surau. Jalan ke rumah mereka mesti melalui kawasan perkuburan. Tiba2 mereka terdengar suatu bunyi seperti orang memahat batu. Tap.. tap.. tap.. mereka tidak berani hendak melihat apa yg berlaku. Tetapi disebabkan rasa ingin tahu. Mereka pon memberanikan diri utk melihat nya. Setelah memasuki kawasan perkuburan tersebuk, mereka melihat seoranf orang tua sedang memahat batu nisan.
Abu dan Ali: pakcik.. buat kami takut je tadi.. memalam camni datang memahat batu nisan kt sini. Pakcik tk takut ke?
Orang tua: apa nk takut kan, mana ada hantu kt sini.
Abu dan Ali: ooo.. habis tu.. nama sapa pakcik pahat tu?
Orang tua: bodoh betul dieorang salah eja nama pakcik!

Tuesday, December 17, 2013

Perubahan

Rakan-rakan Alex terkejut melihat perubahan mendadak lelaki itu yang dikenali sebagai kaki perempuan. Alex tetiba bersubang sebelah. Rakan-rakan ramai bertanya sejak bila Alex memakai subang sebelah tu?
Jawab Alex, "Sejak isteri aku jumpa subang ni dalam kereta. Takde pilihan, aku terpaksa cakap subang ni aku yang punya."

Monday, December 16, 2013

Tulis surat utk sendiri

Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak pesakitnya menulis sepucuk surat.
Jururawat: Tulis surat utk sapa tu encik?
Pesakit: tulis surat untuk diri aku sendiri.
Jururawat: Jadi... apa yang encik tulis?
Pesakit: Mana la aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Sunday, December 15, 2013

Lawak Lewat Sebulan

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti. Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Zakaria ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? " Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tupun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Zakaria ini di beritahu oleh isterinya,dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr??? Lalu pegawai yg datang kerumah si Zakaria ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Zakaria naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...." Si Zakaria mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa??? Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA" 

Saturday, December 14, 2013

Najwa Masuk Sekolah Baru

Suatu hari Najwa Latif berpindah
ke sekolah
baru....
Cikgu: selamat berkenalan....
Najwa: kita Berkenalan hanya
dalam laman
muka buku.... :)
Cikgu: sat gi cikgu hantar kau
dekat guru
besar baru tau...
Najwa: Kau hantar pesan dan
suruh aku
terima kamu ooohh
uwouwouwo :P


Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P
Cikgu : sebelom kamu balik,
datang jumpa
saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau
mahu jumpa
aku
Cikgu: atau kamu nak saya hantar
kamu dekat
guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati
rasa tak
menentu :)
Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak
betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik
nanti kamu
datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus
bersua...ku rasa
gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ade
peluang nak
rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari
peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni
bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah
berjumpaa.....
ooohh uwouwouwo\
Cikgu: otak saya dah sarat
dengan macam2
masalah.. Kamu ni buat...
Najwa: Banyak persoalan yang
berada di
minda =P
Pelajar lain menyampuk: cikgu ni
banyak
tanya la...
Najwa : Banyak tanda tanya dan
juga kata
kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi
lunch dengan
saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle
kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati
pula kata ya =)
cikgu: tak menentu saya di
buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu
adakah ini
cinta......
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak
juga
jawapannya
Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu
kami
memang nak bunuh hang ni
adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak
dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya
nak jalankan
operasi merotan ni...
Najwa : setiap yg berlaku ada
kebaikannya,harus pejam mata
dan cuba apa
saja...
Cikgu Disiplin : kamu pandang
muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam
tajam mata
aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa
kita nak report
kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa
yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta
remajaku.. :P
Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-
kata cikgu
ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan
kau suka
aku... ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak
tahu mana
nak tuju...
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa
yang dia
merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang
satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa :
Cinta di muka
bukuu....

Friday, December 13, 2013

Kebun Pusaka

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : “Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek…”  

Rahmat : “Jangan cakap macam tu, nek…” (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung… dapat pulak harta pusaka nenek). 

Nenek : “Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.”

Rahmat : “Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu… Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak    pernah tahu?”

Nenek : “Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.”

Rahmat : “?????”

Thursday, December 12, 2013

Ayam Panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada… Maaf ya Encik.” Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.


“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut…

Wednesday, December 11, 2013

Robot Pengesan Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

Tuesday, December 10, 2013

Kisah Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Monday, December 9, 2013

*Bermalam Di Rumah Janda*

Seorang pemuda yang menunggang motosikal kawasaki z800 dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah berteduh di bawah sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang sangat cantik lagi lawa. Janda muda tu tinggal bersendirian.
Janda muda yang cantik lagi lawa tu mengetahui ada pemuda bersama Z800 berteduh di bawah rumahnya, lantas kemudian mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda muda tersebut masuk.
"Mahukah saudara ditemani?" soal janda muda tersebut dengan nada yang sangat manja.
"Kalau ada yang sudi, apa salahnya!" balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
"Baguslah," kata janda itu pula.
"Di bawah rumah saya ni ada beberapa pemuda overlander geng moto Versys yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, saya akan panggil mereka sebentar lagi untuk menemani saudara", ujar janda muda yang cantik lagi lawa tu....
Haha..korang tengah pikir ape hah ? ish...ish..tak baik tau....