Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, February 6, 2014

First Time Terima Email

Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting pintunya dan meluru masuk ke rumah. 


Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih keras daripada sebelumnya. 

Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, "Apakah ada masalah?"

Wanita berambut perang itu menjawab, "Tentu saja ada! Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, "YOU'VE GOT MAIL."

Wednesday, February 5, 2014

Posmen Terkena

Seorang posmen yang datang menghantar surat. 
"Assalamualaikum.."
"Walaikumsalam.."
"Ni rumah encik encik Sameon ye?"
"Ya saya."
"Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni?"
"Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Tuesday, February 4, 2014

Style menyanyi

Disebuah hospital sakit jiwa Kuala Berang, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik.
Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur.
Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari Jefridin, A halim, L ramle.
Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang semula, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, berulang ulang sampailah malam.
Si warden penjaga hospital ni, rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak
" Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap?"
Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B lah...
Tak pernah dengar kaset ke?