Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, August 25, 2014

Gajah...o..gajah..

Dalam sebuah kelas cikgu memulakan pengajaran nya.
'Murid2, binatang apa yg bermula dgn huruf 'G'?'
Murid paling depan bangun menjawab....gajah cikgu, lalu dia dipuji oleh cikgu tu dgn penuh bangga. Bagus, cerdik jawapan awak.
Soalan seterusnya .. binatang apa pula yg bermula dgn huruf 'D'?
Semua murid tak dapat menjawab, lalu budak yg kena puji tadi bangun lagi. 'Dua ekor gajah cikgu'... Jawapan penuh konfiden. Murid2 lain dah tergelak2 sampai sakit perut. cikgu mula marah.
'Awak berdiri atas kerusi' kata cikgu.
Soalan seterusnya, binatang apa lak yg bermula dgn huruf 'M'?
Sume diam. Bila dah takda yg menjawab....budak yang bediri atas kerusi lansung bersuara...'Mungkin gajah'...
'Awak pegi bediri luar kelas' jerit cikgu yang dah mula stress.
Soalan last, binatang apa lak yang bermula dengan huruf 'J'?
Macam tadi jugak. Takda sapa berani menjawab. Lama kelas tu sunyi tetiba dari luar kelas budak tu menjawab lagi.
'Jangan-jangan gajah'..

Sunday, August 24, 2014

Pandai punya hal

D sbuah sekolah dewasa yg dirahsiakan namanya,  sekumpulan pelajar dewasa baru memulakan pembelajaran mereka, bermula dgn mata pelajaran Matematik.. sepanjang hari mereka tekun belajar semua asas Matematik..
Bila tamat masa persekolahan, mereka kluar dari sekolah dgn hati gembira & puas hati kerana telah menguasai asas Matematik..
"Seronok betul rupanya belajar Matematik kan", kata mereka berbual sesama mereka.
"Alangkah bagusnya kita mula belajar lebih awal dulu masa muda2 lagi..", kata yg lain.
"Bsok kita mesti dtg lagi, tidak sabar rasanya hendak bljr lagi."
Bgitu la suara2 puas hati mereka.
Seorang dr mereka menuju ke keretanya yg diparkir agak jauh dr sekolah dewasa itu.
Di sebelah parkir keretanya adalah sebuah kereta 4x4 double cab. Sebelum masuk ke keretanya, matanya lama terpaku ke tulisan 4x4 itu,
"Kenapa tiada jawapannya ya?"
Lalu dia dengan spontannya mengambil sbiji batu kecil & menulis jawapan 16 di hjung tulisan 4x4 itu. Slepas itu dia mmandu pergi dgn sgt senang hati.
Tamat masa bekerja, tuan punya kreta 4x4 itu pun pergi ke keretanya. Dia bekerja d sbuah pjbt berhampirn parkir itu. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan bdn kretanya yg telah diguris dengan benda tajam. Dia menyumpah sehabis2nya.
Lalu dia singgah ke kdai aksesori kreta & membeli spray utk menutup gurisan itu.
Bsoknya, balik dr sek dewasa, si kawan yg masih parkir kretanya d tpt yg sama terkejut melihat kreta 4x4 yg sama itu telah menutup jawapnnya smlm, "Mungkin jawapn ku salah ya.." Dia mengira sungguh2 spy tidak silap shingga puas hati. 'Betullah 16. Kenapa jawapnku dipadam? Oh iya, aku lupa tulis simbol ='. Oleh itu, dia menulis smula jawapan '= 16'.. dan memandu pergi dgn sgt senang hati.
Balik dr kerja, si tuan punya kereta skali lagi mengamuk bila ternampak bdn keretanya diguris bgitu. Bila direnung gurisan itu, trdetik di hatinya, 'Betul juga, 4x4=16. Bodoh juga Jepun, buat kereta tulis 4x4 tiada jawapnnya.' Lalu dia singgah d kdai aksesori kreta & mbeli spray putih. Mula2 ditutup rapi gurisn itu, kmudian ditulisnya cantik2 jwpn '=16'. 'Mesti tukang guris itu tidak akan ada pluang lagi buat jenayah ini', yakininya.
Hari slanjutnya, balik dr sek dewasa, si kwn mencari2 kreta 4x4 yg sama. Dia sgt puas hati bila melihat jwpn nya smlm tidak dipadam malah ditulis smula dengan rapi.
'Ya begitu la baru betul!' Serunya. Lalu dia mengambil sebiji batu kecil skali lagi & menanda ✔..

Saturday, August 23, 2014

Telur punya pasal

Seorang pakcik, berumur 70-an, datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit. Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan.. RM5 ribu. kadang2 RM8 ribu.. ade jugak sampai RM12 ribu!!
Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank. Banyak betul duit pakcik ni, tiap2 hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank. Pengurus Bank pun pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan. Maka berlakulah perbualan berikut:
Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?
Pakcik: Boleh.. ape salahnya..
Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?
Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..
Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?
Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?
Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..
Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..
Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!
Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000. kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000. kita jumpa minggu depan, kat sini..
Pengurus Bank: Ok..

Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau.
Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak.
Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot2 kalau 'telur'nya betul2 hilang!
Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7.

Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..
Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..
Pakcik: Kenapa pulak?
Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..
Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?
Pengurus bank: Silakan..
Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang 'telur' si pengurus bank.
Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..
Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..
Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..
Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..

Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..
Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?
Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..
Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?
Pakcik: Nampak jaga kat luar yg tengah tengok kita tu? Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan pegang 'telur' pengurus bank ni..
Pengurus bank: NOKHOROMMMM!!