Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 29, 2014

Rebonding

Pak Imam : Kenapa dgn rambut kamu tu nak ? 
Anak : Rebonding Pak...
Pak Imam : Rebonding tu apa ??
Anak : Rambut yang bengkang bengkok. diluruskan Pak....
Pak Imam : Ouhh macam tu ya...
Pak Imam Pergi Ke Masjid Untuk Solat
Sebelum angkat takbir Pak Imam pandang ke belakang lalu terfikir utk mncuba perkataan baru itu. Mungkin jemaah lain akan respek bila dia berkata perkataan baru yg baru dia belajar tu..
lalu pak imam Berkata "REBONDINGKAN SAFF ANDA !!"
Jemaah lain rebah berguling-guling .

Tuesday, January 28, 2014

Jujur sangat

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.
Pari-pari: "Kenapa dengan kau?"
Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Ya, itulah kapak buruk aku."
Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Amir berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir..
Pari-pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Emma Maembong.
Pari-pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya, itulah isteriku.."
Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak?"
Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Emma Maembong... kau akan bawakan pula Luna Maya... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku... Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua..."

Friday, January 10, 2014

Kesah Kentut

Ketika mesyuarat sedang berlangsung antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yg kurang enak. Lalu para guru masing2 memberikan komen;
Guru maths: hmmm..sesuatu yg tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi.."
Guru muzik: "wahh...bunyi nadanya terletak pada chord c major"
Guru fizik: "itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit shj, namun hasilnya luar biasa"
Guru biologi : "begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya"
Guru agama :"ini la salah satu penyebab batalnya wuduk".
Guru geografi : "kedudukannya mengikut arah mata angin"
Guru kaunseling: "perilaku ini x selari dengan perilaku manusia yg bertamadun"
Guru bahasa : " perkataannya boleh ditulis, tapi aromanya tak dapat diungkapkan dengan kata2"
Guru sejarah : "salah satu penyebab berlakunya perang mulut"
Guru besar : "sememangnya saya yang kentut...besar betulkah masalahnya???"

Sunday, December 29, 2013

Kesah Bapa

Seorang bapa baru pulang dari membeli kereta porsche...

Anak : Wowww!!!. Cantik kereta ayah. Mesti mahal ni.
Ayah : mesti lah. Mulai hari ini ayah terpaksa catu perbelanjaan kamu semua.
Anak : eh kenapa pulak ayah.? Saya baru je nak tanya kenapa semalam ayah kurangkan belanja sekolah saya, hari ni ayah nak kurangkan lagi?
Ayah : memang la. Kamu kena jimat sikit berbelanja. Semalam kan ayah beli motor harley davidson. Ayah dah banyak hutang. Kamu kena berjimat sebab tu ayah kena kurangkan belanja sekolah kamu.
Anak : ayah dah ada banyak motosikal dan kereta kenapa ayah beli lagi? Ayah yang berhutang dan berbelanja sesuka hati kenapa saya yang kena berjimat ayah?
Ayah : dah dah dah kamu jangan cakap banyak sangat. Syukurlah ayah masih lagi bagi duit belanja. Lagipun akhir tahun nanti ayah bagi la bonus sikit. Kalau kamu tak suka, kamu boleh cari keluarga lain. Kamu tengok jiran-jiran kita tu, anak-anaknya melarat.
Anak : tapi ayah, tu sebab ayah diorang kerja biasa je tak berjawatan besar macam ayah. Diorang takde kebun besar macam ayah. So hasil pendapatan pun tak semewah ayah. Ayah banyak hasil tapi masih lagi banyak hutang. Sekarang ni ayah nak catu perbelanjaan saya pulak.
Ayah : banyak cakap pula kamu ni. Dah dah dah ayah ada kerja ni.
Anak : ayah nak pergi mana?
Ayah : mak kamu nak pakai duit sikit nak pergi hawaii katanya nak beli handbag. Ini demi kepentingan keluarga kita.
Anak : ooo...
Ayah: Kamu tanya banyak sangat ni....apasal? Kamu nak gulingkan ayah ker?

P/s : ini adalah cerita rekaan semata mata...xde kene mengena dgn yg hidup ataupun yg dah nak mati....

Wednesday, December 18, 2013

Cerita kubur seram

Disuatu jumaat malam yg sepi, Abu dan Ali br balik dari surau. Jalan ke rumah mereka mesti melalui kawasan perkuburan. Tiba2 mereka terdengar suatu bunyi seperti orang memahat batu. Tap.. tap.. tap.. mereka tidak berani hendak melihat apa yg berlaku. Tetapi disebabkan rasa ingin tahu. Mereka pon memberanikan diri utk melihat nya. Setelah memasuki kawasan perkuburan tersebuk, mereka melihat seoranf orang tua sedang memahat batu nisan.
Abu dan Ali: pakcik.. buat kami takut je tadi.. memalam camni datang memahat batu nisan kt sini. Pakcik tk takut ke?
Orang tua: apa nk takut kan, mana ada hantu kt sini.
Abu dan Ali: ooo.. habis tu.. nama sapa pakcik pahat tu?
Orang tua: bodoh betul dieorang salah eja nama pakcik!

Tuesday, December 17, 2013

Perubahan

Rakan-rakan Alex terkejut melihat perubahan mendadak lelaki itu yang dikenali sebagai kaki perempuan. Alex tetiba bersubang sebelah. Rakan-rakan ramai bertanya sejak bila Alex memakai subang sebelah tu?
Jawab Alex, "Sejak isteri aku jumpa subang ni dalam kereta. Takde pilihan, aku terpaksa cakap subang ni aku yang punya."

Monday, December 16, 2013

Tulis surat utk sendiri

Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak pesakitnya menulis sepucuk surat.
Jururawat: Tulis surat utk sapa tu encik?
Pesakit: tulis surat untuk diri aku sendiri.
Jururawat: Jadi... apa yang encik tulis?
Pesakit: Mana la aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.