Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 9, 2013

Penjual Telur


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Tuesday, January 8, 2013

Cikgu Dan Atan

Cikgu: Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu:??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh.....

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu:Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la...

Cikgu:Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu:Laaaa..

Monday, January 7, 2013

Lari Dari Bilik Pembedahan

Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. 

"Ada apa Pak Cik?," tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'."

"Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ....," kata si pengawal.

"Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!"

Sunday, January 6, 2013

Buku Sedih

Pada suatu malam, terdengar dialog-dialog ini di dalam sebuak bilik.
Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad ending lah bang.
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah

Saturday, January 5, 2013

Pembantu Rumah

Seorang tuan marah-marah pada pembantu rumahnya.
"Sudah aku katakan ..............jangan kamu beritahu puan pukul berapa aku pulang malam tadi. Kenapa kamu cakap juga?"
" Maaf tuan............saya langsung tidak cakap waktunya," jawab pembantu rumahnya.
" Habis, macam mana isteri aku tahu aku pulang lewat? Apa kamu cakap?"
"Saya cuma cakap yang ketika tuan pulang..............saya sedang ambil air sembahyang subuh dan tak sempat tengok jam..........."

Friday, January 4, 2013

Nama Panjangggggggg...

seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya

Guru : Kamu ni murid baru kan?
Murid : Ya.....cikgu!
Guru : Nama kamu siapa?
Murid : Mat.
Guru : Nama panjang kamu?
Murid : Matttttttttttttttttttttttttttttttt. cikgu!
Guru : Besok saya gelak!!

Thursday, January 3, 2013

Lawak Tkde Paedah!

Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih
kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di
sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu.

Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut.
Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana.

Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut..
Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat
mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak

RM20,000.00 tanpa faedah.

Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar.
Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya.
Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ?

Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata.
Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH"..
Buang masa aku je laaa....
Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.