Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 9, 2013

*Bermalam Di Rumah Janda*

Seorang pemuda yang menunggang motosikal kawasaki z800 dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah berteduh di bawah sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang sangat cantik lagi lawa. Janda muda tu tinggal bersendirian.
Janda muda yang cantik lagi lawa tu mengetahui ada pemuda bersama Z800 berteduh di bawah rumahnya, lantas kemudian mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda muda tersebut masuk.
"Mahukah saudara ditemani?" soal janda muda tersebut dengan nada yang sangat manja.
"Kalau ada yang sudi, apa salahnya!" balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
"Baguslah," kata janda itu pula.
"Di bawah rumah saya ni ada beberapa pemuda overlander geng moto Versys yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, saya akan panggil mereka sebentar lagi untuk menemani saudara", ujar janda muda yang cantik lagi lawa tu....
Haha..korang tengah pikir ape hah ? ish...ish..tak baik tau....

Tuesday, November 26, 2013

Bukit Merah Punya Pasal

Usop, seorg kanak2 yg dihantar oleh neneknya ke stesen bas hentian Putra, utk kembali kpd ibu bapanya yg tinggal di Kelantan.
Setelah bas bergerak tidak jauh dari hentian Putra, usop yg duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas.
''Abg, nanti kalau sampai Tanah Merah, bagitau ye'', ''ye'' jawab pemandu bas. Tidak berapa lama, Usop menghampiri pemandu bas lagi dan berkata '' abg, dah sampai Tanah Merah ke?'',''belum, xpe duduk dulu, nanti abang bagitau''.
Tidak lama selepas itu, Usop menghampiri lagi pemandu bas tadi, ''abg, dah sampai belum?'',''tak lagi dik''. Semua penumpang berasa tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya ''dah sampai ke bang?'', ''belum dik, jauh lagi'' jawab pemandu bas dengan nada yang agak geram.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya '' sampai tak lagi bang?'',''aku cakap belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau la!''. Usop pun kembali semula ke kerusinya. Semua penumpang turut marah dengan sikap nya itu. Usop diam, dan dia pun tertidur. semua orang merasa tenang.
Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas telah pun melepasi Tanah Merah. Ketika hendak memasuki Kota Bharu, pemandu bas tadi baru teringatkan hasrat Usop. Usop masih tidak sedar dari tidurnya. Semua orang merasa kasihan dengan Usop.
Pemandu bas berbincang dengan penumpang, samada hendak pusing semula ke Tanah Merah atau terus ke Kota Bharu.
Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Tanah Merah kerana kasihankan Usop.
Setelah sampai di Tanah Merah, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati,'' dik, dah ampai dah Tanah Merah'',
''oh, ye ke? Terima kasih bang'' kemudian Usop segera membuka beg nya dan mengeluarkan sesuatu.
Dengan penuh hairan, pemandu bas bertanya,''adik tak nak turun ke?'',''tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. Cuma nenek ade pesan, kalau sampai Tanah Merah nanti, makan nasi yang nenek bagi ni, takut nanti sakit perut pulak''.

Friday, November 22, 2013

I like to eat Rice To Wednesday

One sentence in an essay written by one of the student by the name of Alang:
"I like to eat Rice To Wednesday".
Teacher : Alang what do u want to say actually in Bahasa Malaysia?
Alang: Saya suka makan nasi ke rabu (kerabu)

Wednesday, October 30, 2013

Cerita P

Cerita Huruf 'P'...
Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.
Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Punoh. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!
Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....
Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ...
Pup .... Pelita Padam !
Pakngah pun pengsan...

Tuesday, October 29, 2013

Terkentut

Dalam satu kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng
melihat cincin...dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling untuk melihat
sesiapa ada berdekatan dengannya dan perasan ada promoter kat belakangnya..
Promoter : Boleh saya bantu?
Perempuan tu anggap promoter tu tak dengar la yang dia kentut jadi dia pon
bertanyakan soalan sambil buat seperti tiada apa yang berlaku..
Perempuan : Berapa harga cincin ini?
Promoter: Kalau tengok cincin ni pun puan dah terkentut, saya pasti
puan akan terberak bila tahu harganya.

Saturday, October 12, 2013

Murid sengal

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi  semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?          
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!          
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Friday, October 11, 2013

SAM & DOL 9

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"