Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, February 28, 2013

Suami Miskin


Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.

 Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"

 Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami."  

Isteri: "Apa yang kamu katakan?"

Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."

 Isteri: "#$*@#!?" 

Wednesday, February 27, 2013

NENEK DAN CUCU


Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah 

melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...


Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak 

berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. 

nak masuk campur.. 

tak berani...


Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot 

cucu, si ayah juga bertindak menampar muka 

sendiri.


Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera 

berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan 

penuh kehairanan pada si ayah.
"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"


Jawab si ayah

"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas 

perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

Tuesday, February 26, 2013

Kencing


Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun 

masuk bilik air.

Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. 

Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu 

toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup 

sendiri... 

Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. 

Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu 

terbukak dan padam sendiri. 

Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun 

berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama...
Awat


hang kencin dlm peti ais...???

Monday, February 25, 2013

TUJUPAKALE


Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

Sunday, February 24, 2013

Sepopit??


Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol :Bang harga durian ini berapa?
Org Asli : yang ini.. sepopit sebiji

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : Bang.. Boleh kurang sikit tak?
Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : Lahupa.. boleh ya!

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : Lahupa itu berapa?
Samdol : Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?

Saturday, February 23, 2013

Berat Sangat!!


Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg!

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!

Friday, February 22, 2013

Mandikan Kucing


Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...


--- sumbangan: Fariz Akmal