Aku merupakan seorang pekerja di satu bangunan di Kuala Lumpur. Sebagai seorang pengurus kewangan, kerja saya boleh dikatakan tidak tentu masa. Pada satu hari, saya ditugaskan untuk menyiapkan satu report yang perlu disiapkan segera. Aku bertungkus lumus untuk menyiapkan report tersebut dan sebaik sahaja report itu disiapkan, aku melihat jam sudahpun menunjukkan pukul 12 malam.
Aku melihat sekeliling... semua sudah gelap kecuali lampu mejaku yang masih menyala. Aku kemaskan barang-barang ku secepat yang boleh. Hatiku berasa kurang sedap pada malam itu. Aku bergegas menuju ke lif. Ofis aku terletak di tingkat 15. Aku menekan punat lif untuk turun.
Pintu lif terbuka. Lif tersebut kosong. Aku melangkah masuk ke dalam lif. Aku nak cepat-cepat balik ke rumah...Aku tekan butang G untuk turun ke ground floor. Tiba-tiba lif berhanti pada tingkat 10. Pintu lif terbuka. Seorang perempuan yang amat cantik barbaju kebaya tercegat di hadapan lif. Dia senyum padaku sambil melangkah masuk. Bau wangi semerbak menusuk hidungku. Aku mula seram sejuk. Sedikit pun aku tak menoleh kepada gadis yang berada di sebelahku itu.
Tiba-tiba lif terhenti dan lampu lif terpadam. Aku kaget. Bau busuk mula menusuk ke lubang hidungku. Terkumat kamit aku membaca surah yang aku ingat... mata aku pejam... peluh dingin mula memercik di dahi... kalau boleh aku nak rempuh je pintu lif tu untuk keluar.... aku dah tobat tak nak guna lif lagi lepas ni.... aku rela panjat tangga....
Aku rasa lif mula bergerak... mata masih aku pejam... dan lif berhenti.... aku dengar pintu lif terbuka..."dah sampai kot.." hatiku berdetik. Aku buka mata... aku lihat perempuan tadi melangkah keluar lif. Sekali lagi dia senyum padaku...sambil berkata,"Maafkan saya, saya terkentut tadi..."
Aku melopong.... Cissss terkena aku.....
Sunday, January 27, 2013
Lif Tingkat 10
at 8:14 AM
Labels: Cerita Lawak, Lawak Pendek, Lawak Seram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment