Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 7, 2014

Melapor isteri hilang!

Seorang suami membuat laporan di balai polis ttg kehilangan isterinya :
Suami: Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam 9 mlm tadi dia belum pulang ke rumah... (dgn nada kerisauan)
Inspektor : Pukul berapa keluar rumah?
Suami : Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya..
Inspektor : Umur isteri?
Suami : Oh.. Umur? Mmm tiga puluh... Tiga puluh dua...
Inspektor : Berapa ketinggian isteri?
Suami : Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya
Inspektor : Kurus atau gemuk?
Suami : Err.. tak kurus juga. Sederhana rasanya.
Inspektor : Warna kulit?
Suami : Mmm... agak cerah
Inspektor : Warna rambut?
Suami : Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf...
Inspektor : Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah?
Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar
Inspektor : Warna baju?
Suami : Tak perasan tuan..
Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah?
Suami : Ya betul. Kereta saya..
Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi?
Suami : Spesifikasi? Ok... BMW F30 model 335i M Sport  Coupe keluaran facelift 2013. Nombo plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber... Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali... Brek Brembo Signature caliper warna emas... Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10sen kena langgar kapcai pada hari raya China kedua dan jugak ada sikit calar sepanjang 2.5inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas.
….dan tiba-tiba si suami menangis...
Inspektor: Jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik...

1 comment:

Amyrul Aizad said...

Pasai istri hang lupa,pasai kereta bukan maen