Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, July 11, 2014

Siapa Perompak sebenar?

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada
semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi
nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan
senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang
lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda,
perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan,
bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda
dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA)
memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):
"Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak
wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di
tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting
daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia
bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata
kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri
kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk
keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan.
Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah
lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil
dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi
mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa
kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80
juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang
pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam
permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang
ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

12 comments:

Anonymous said...

Knpa tnya soalan mcm tu ?...sbnarnye ko xtau jawapankn kn kn....ahhh knpa knpa knpa....

Unknown said...

Apakah...?

Anonymous said...

Sengai !

Anonymous said...

Bapak hang la perompak tu !

Anonymous said...

orang yg mrmpak bank tu la

Anonymous said...

Ke bank tu yg mrompak org tu ke tu ke tu ke tu

Anonymous said...

Anjing lab bodoh

Anonymous said...

Semua perompak kot

Anonymous said...

Lawak pecah perut.
Perut aku dah because lawak sangat.
Sampai masuk hospital aku hahaha.
Tipu je.

Anonymous said...

Tak de sape yang perompak sebenarnya di sini..sebab ni bukan cerita betul².. Kalau ada pun perompak yang sebenarnya tu ialah yang rompak idea ko ni dan yang copy paste cerite ni..hihihi..

Unknown said...

Naik pening aku baca cerita kau ni. Apa yg lawak pun aku xtau.

Saya najib said...

Najib la prompak