Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 6, 2014

Bola Hitam dan Putih


BOLA HITAM DAN BOLA PUTIH

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal.apa tuan tak segan?" Lantas si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih" Hek eleh takkan
macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?" "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih. Masa berlalu.kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya.
Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je.". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.Kalau boleh  apa beli lagi k.tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram. walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan  bola putih. Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru.Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu.Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar
kamu tak malu". Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya." "Haaah,, si bapa
mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu.hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih" Masa berlalu.Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si
anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3, 2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor
untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan nak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih. Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari
keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga
aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak
sendiri! Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan
malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu.huh.sampai awek anak aku pun tanya.bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!! Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagi, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya. Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang
berbukit bukau menaiki Ferrari untuk bersiar-siar. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2
terakhir bersama anak encik." Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya.tidak berhati hati semasa memandu." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia.akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya.Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering
bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih" "Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.sehingga kamu sering kesepian.maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik." Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.saya cuma minta bola  hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat. "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA
HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU. ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?" (anda semua pun ingin tahu kan?) Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba.... "sebabnya....saya....saya.....saya...." Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih. Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAM MANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!

13 comments:

Anonymous said...

weihhh..kecewa giler,,,

Unknown said...

Geraaaaaammmmm!! Kecewaaaa kecewaaa...

Anonymous said...

bdoh bkin pnas

Anonymous said...

Puhkimark dia busuk

philosopher/unique creature said...

Haha2

Anonymous said...

toya mat amin

Unknown said...

gile...citer nie.buntut beruk..hahaha

Unknown said...

bagus crita ni... nnt ending dia fikirkn sndiri.. mcm2 boleh buwat mngikut imaginasi masing2.. sndiri buwat ending laa wkakakakaka

Anonymous said...

Dia kan anak hang kebun yang keje kat rumah bapa angkat dia tu..sebab tu dia merendah diri..penat je aku ceritakan cerita ni kat kau..kau boleh lak lupa..isk..isk..isk..

Unknown said...

Cibai, penat la sial bace lame2

Unknown said...

Habis je bace, spontan aku tersebut BABI

Zamberi Mat Hussein said...

Penat aq baca dari atas sampai bwh nk tau pasal Bola hitam dan putih tengok2 x tau jugak...

Zamberi Mat Hussein said...

Penat aq baca dari atas sampai bwh nk tau pasal Bola hitam dan putih tengok2 x tau jugak...